janji


Janji dengan saya
Yang awak tak akan lepas
Ikat dengan nikah
Susah macam mana pun
Hadap sama-sama

Boleh?


home


Tadi lepas checkout dari kolej kediaman
Rasa risau,sebak pun ada
Tinggal kawan2, tinggal semua.
Hidup yang ke depan nanti akan berubah 360 darjah.
Banyak benda berlegar dalam kepala

Baring atas katil
Renung syiling
Selepas ini aku nak ke mana?


*Suddenly i realized,I have no place to go,empty house. Orang kata, "Home is where your heart is". BOHONG.



huh!


Bola sepak
Futsal
Game

Tu semua kegilaan awak
Memang susah nak pisah dah
Kena terima hakikat awak lelaki, bukan perempuan
HAHAHA !

Makan hati je tau. huh !

*Cuba2 buat cool *







biasa


Apa nak dikisah mulut orang
Yang merasa, diri sendiri juga


saya yang entah apa-apa


Petang tadi bila awak bagitau yang awak nak balik utara.
Rasa sebak, rasa taknak lepas awak balik.
Rasa macam awak nak tinggal saya lama
Padahal awak nak balik hantar barang je kan?

Saya ni manja sangat  -.-"

Lagi beberapa hari je yang tinggal untuk kita
Masa, mohon jangan berlalu laju sangat.



#kisah 1


Tadi dalam dewan peperiksaan
saya sengaja buat-buat tak nampak awak
Awak jerit kata saya sombong
Saya seganla bongok.


jersi merah


Bila diingat-ingat balik
Rupanya jersi Liverpool yang mengeratkan kita.

Berebut-rebut !!
Sape taknak jersi percuma
Teruk awak kena marah dengan saya.
Tapi awak buat muka seposen.
Rasa nak tampar2 je tahu.

Lepas kena marah
Kerap pulak awak mesej saya
dan mesej semuanya tentang livepool. ( wadehek )

Sejak hari tu kita rapat
Selalu tengok bola bila liverpool main.
Bersorak sampai hilang suara

Tak kisah la orang kata kita ni macam itik dengan ayam bila berborak
Sorang utara, sorang pantai timur.
Memang hancur la bahasa malaysia kita kan?


Peduli apa. Janji kita selesa


*Asal saya ajak teman gi pasar malam je awak mesti  pakai jersi Liverpool yang kita berebut hari tu.Perlu ke? -.-" . mendidih je hati ni tengok tahu *