pasti


Awak-awak semua selalu tanya:

Yakin ke dengan dia?
Bukan ke baru kenal?tak takut?
Kalau dia jahat macam mana?
Betul ke nak kahwin dengan dia?

Memang saya tiada jawapan untuk semua soalan-soalan di atas. Saya tak tak tahu jalan cerita yang dah Tuhan aturkan untuk saya. Saya ni tukang redha,tukang tadah sebab saya yakin Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik. Hari-hari yang akan mendatang, memang saya tak tahu apa akan jadi pada hidup saya bersama dia. Apa yang pasti, secelaka mana pun hari yang perlu kami tempuh, saya cuma mahu bersama dia.Hadap sama-sama. Kalau dia pemarah, biar saya yang hadap marah dia, Kalau dia perengus, biar saya yang hadap rengus dia. Dan paling saya pasti,

Saya cuma mahu ada dia yang sentiasa membimbing disepanjang jalan menujuNya.

*Asal saja kamu percaya dengan kuasa Tuhan, segalanya mungkin, :) *



bahagia


Bahagia bagi aku bila:

Mempunyai seorang anak yang memanggil seorang lelaki yang aku kasih dengan panggilan "ayah". Cukup sempurna.Dan ia lebih dari cukup.

*berangan*


bunyi gitar


Gitar dipetik perlahan
Lirik-lirik penuh melankoli
Irama lagu tak benada

Ada hati yang sedang punah perlahan-lahan--
Ada jiwa yang sedang mati perlahan-lahan--

malam yang gelap
hantu-hantu semalam kembali menghantui
Membuka setiap lembaran lama
satu persatu
Dimuntahkan hanyir darahnya ke riba
Tadah-
Hadap-

*Ada titis-titis jernih yang gugur.Sakit begini dah lama tak rasa,sekali datang.Mati terus