awak

Tahu tak,
kadang saya rasa bersalah bila awak selalu mengalah dan ikut kemahuan saya.

Bila saya kata saya suka merah,
Semua hiasan dalam rumah warna merah.
Awak kata,supaya saya jatuh hati dan tak balik KL dah.
T________T

Bila saya tak masak dengan alasan nak berehat dan awak pulang kerja dengan harapan saya hidangkan makanan.
Awak tetap senyum dan kata tengok muka saya pun dah kenyang.
*Jahilnya saya*

Kadang bila awak diam termenung,
saya risau.

bila saya tanya kenapa,
awak kata awak tengah fikir cara supaya saya dah tak balik KL.

"kalau awak pregnant,mesti awak dah tak balik kl kan? "

Ayat tu memang buat saya tersentuh.

Mummy orang paling kecewa bila keputusannya negatif.

Hmmm.

Beratnya hati nak tinggalkan awak esok.

*awak dah lena di buai mimpi.comel sangat.macam baby *

untuk hari-hari terakhir kita (untuk saat ini)

Untuk hari esok dan hari hari yang mendatang,

Tiada lagi bebelan dari bibir kecil awak.
Tiada lagi kucup hangat di dahi setiap pagi dari awak
Tiada lagi rangkul mesra  pulang kerja dari awak.
Tiada.
Tiada.

dan semua TIADA kerana degilnya aku.

*untuk seminggu yang penuh romantis. Kadang saya segan dengan awak tahu? *

loser

bab masak memasak
memang aku loser gila.

T____T

rindu #2

Di waktu ini.saat ini.

Paling aku rindu
Peluk cium  kucup hangat di subuh hari dari suami
Tazkirah maghrib bersama suami
Bacaan surah Al-kahfi pelengkap jumaat dari suami

dan kita terpisah jauh
kerana degil aku

rindu


Suami.

Aku rindu.
Sarat.

Mungkin dah tiba masa
Aku mengalah