Haish


Bonda kata:

"macam mana nak dapat anak kalau seorang di timur,seorang di barat'

Pedih jugak hulu hati ni.
Haish.

Rezeki Tuhan


Salah satu rezeki dari Tuhan yang tak ternilai.

ANAk.

Siapa yang tak berkehendakkan zuriat sendiri?
Siapa?
Khabar ke aku.

Tapi rezeki tuhan yang ini
Tak semua dapat
Tak semua merasa

Ada yang perlu tunggu bertahun2
Penuh sabar
Penuh berharap.

Ada yang terus dapat.
Cukup bahagia
Cukup sempurna.

Dan soalan2 klise yang kerap kita dengar dari mulut sekeliling.
"kamu dah lama kahwin,tak de isi lagi ke"

Bagi aku,itu soalan paling bangang. Rezeki dari tuhan. mana kita tahu.Kita ni tukang tadah.tukang doa.mohon dari DIA.

Kun fayakun.
Jadi,maka jadilah.

Tapi tak semua faham
Tak semua betul2 mahu faham.
Berdosa besar kah jika sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak?

Berdosakah?

Mari sini
Khabar ke aku