Haish


Bonda kata:

"macam mana nak dapat anak kalau seorang di timur,seorang di barat'

Pedih jugak hulu hati ni.
Haish.

Rezeki Tuhan


Salah satu rezeki dari Tuhan yang tak ternilai.

ANAk.

Siapa yang tak berkehendakkan zuriat sendiri?
Siapa?
Khabar ke aku.

Tapi rezeki tuhan yang ini
Tak semua dapat
Tak semua merasa

Ada yang perlu tunggu bertahun2
Penuh sabar
Penuh berharap.

Ada yang terus dapat.
Cukup bahagia
Cukup sempurna.

Dan soalan2 klise yang kerap kita dengar dari mulut sekeliling.
"kamu dah lama kahwin,tak de isi lagi ke"

Bagi aku,itu soalan paling bangang. Rezeki dari tuhan. mana kita tahu.Kita ni tukang tadah.tukang doa.mohon dari DIA.

Kun fayakun.
Jadi,maka jadilah.

Tapi tak semua faham
Tak semua betul2 mahu faham.
Berdosa besar kah jika sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak?

Berdosakah?

Mari sini
Khabar ke aku

aneh

bila jauh, rindu melampau lampau
bila dekat,rasa kekok. Rasa nak lari jauh.
aneh.
saya yang aneh.

Macam mana kita nak tinggal sama2 nanti ye?

mesti awak makan hati je.

Comel

Cemburu awak comel
Rasa macam kita ni remaja yang mula belajar nak bercinta.

*cinta lepas kahwin ni seronok...banyak kejutan dan benda2 comel berlaku. Yang langsung kita tak sangka*

Senyum lega


Resign letter dah di approve bos.
Tak lama lagi dah sayang.
Tak lama dah.

Dah dekat dengan awak dah
Dah tak payah nak ulang alik lagi dah
Dah takde cemburu2 dah

*bunga tulip dan kincir angin menanti kita*

awak

Tahu tak,
kadang saya rasa bersalah bila awak selalu mengalah dan ikut kemahuan saya.

Bila saya kata saya suka merah,
Semua hiasan dalam rumah warna merah.
Awak kata,supaya saya jatuh hati dan tak balik KL dah.
T________T

Bila saya tak masak dengan alasan nak berehat dan awak pulang kerja dengan harapan saya hidangkan makanan.
Awak tetap senyum dan kata tengok muka saya pun dah kenyang.
*Jahilnya saya*

Kadang bila awak diam termenung,
saya risau.

bila saya tanya kenapa,
awak kata awak tengah fikir cara supaya saya dah tak balik KL.

"kalau awak pregnant,mesti awak dah tak balik kl kan? "

Ayat tu memang buat saya tersentuh.

Mummy orang paling kecewa bila keputusannya negatif.

Hmmm.

Beratnya hati nak tinggalkan awak esok.

*awak dah lena di buai mimpi.comel sangat.macam baby *

untuk hari-hari terakhir kita (untuk saat ini)

Untuk hari esok dan hari hari yang mendatang,

Tiada lagi bebelan dari bibir kecil awak.
Tiada lagi kucup hangat di dahi setiap pagi dari awak
Tiada lagi rangkul mesra  pulang kerja dari awak.
Tiada.
Tiada.

dan semua TIADA kerana degilnya aku.

*untuk seminggu yang penuh romantis. Kadang saya segan dengan awak tahu? *

loser

bab masak memasak
memang aku loser gila.

T____T

rindu #2

Di waktu ini.saat ini.

Paling aku rindu
Peluk cium  kucup hangat di subuh hari dari suami
Tazkirah maghrib bersama suami
Bacaan surah Al-kahfi pelengkap jumaat dari suami

dan kita terpisah jauh
kerana degil aku

rindu


Suami.

Aku rindu.
Sarat.

Mungkin dah tiba masa
Aku mengalah

tak tahu tajuk ape sesuai


Bila aku bagitau yang aku asyik lapar je memanjang.

Dia kata:
Baby ikut mamanya,kuat makan.

T____T

Baby la sangat.
Sebenarnya, tak teruja pun nak check

Mahu check sama-sama
Februari nanti

*senyum constant*

Sms manis

Pesanan ringkas paling manis dari awak:

Ok. Saya tau saya ego.tapi kali ni ego saya tolak tepi.Pulanglah. Saya rindu.

Manis
Sangat manis
Bukan senang tau!

Emosi

kali ni pelik
Over emosional.

Tak tahu kenapa hari ni emosi melampau
Pergi kedai cari durian crepe sebab teringin yang juga melampau-lampau

Penjual: dah habis la kak
Saya: ala.. *mata bergenang* 

Tak sampai 2 saat. Gugur terus!

Si penjual menggelabah.
Pujuk bagi puding roti.

Bila fikir balik
"asal aku emosional sangat?"

Kata mummy, pembawakan budak agaknya.

Eh?

complicated

Bila aku mengadu lelah penat bekerja,mereka bilang:

Arjuna hati: pulanglah,penuhi rumah kita dengan warna warna cinta,tinggalkan keserabutan di sana.
Abang: Adik,tempat seorang isteri.Di sisi suami

aku: *duduk terdiam*

payah sungguh.
cita-cita dan keluarga.
emm.

Jk.l.m

Dipujuk pulang
Diminta ada di sisi

Rindu katanya.

Sabarlah,barang sekejap