biar


Aku ingatkan damai sudah mula menjengah masuk
rupanya tidak

Sekali lagi hati dihiris-hiris
Kali ni pisaunya lebih tajam

Biar--
Biar--

*tentang cuba untuk bagi penjelasan tetapi langsung tak diberi peluang.Sakitnya memang menganggu semua sistem saraf.Kaku.




O.T


Esoknya
Moga dipermudahkan segala
Moga semuanya berjalan lancar
Amin
Amin
Amin

*Ini kali kedua nak hadap manusia berjaket putih dalam bilik yang suram.Terdampar seorang diri.Sunyi, hanya kedengaran bunyi dari mesin2 yang mengelilingi katil.Sungguh aku takut.




dying



I hate to see you cry
My love is dying inside
I have a feeling inside
But my love is burning alive


You won't see me cry, I'm hiding inside
My heart is in pain ,but I'm smiling for you


*I'll try to make the things right

bunyi indah


Vanilla Twilight :)


terima kasih tuhan


Bila dapat tahu yang awak gembira dan tenang di kotaraya metropolitan sana
Cukup untuk buat saya tersenyum sendiri di sini
Terima kasih tuhan kerana mempermudahkan segala urusan dia :)


27 jan 2012- catitan gila


Kakak
Selepas ayahbunda pergi meninggalkan kita semua
Manusia sekeliling terus-terusan menekan kita
Sehinggakan separuh daripada kita berpecah belah


Sejak hari itu
aku lihat engkau menangis sendirian setiap malam
Di dalam bilik gelap disebalik pintu
Aku dengar kakak
Aku tahu rapuh hatimu
Kau sedih 
sebab kau rasa kau gagal tunaikan amanat arwah ayah

Tapi sebenarnya tak
Itu pilihan mereka sendiri
Kau dah cuba sehabis daya

Kakak
Berhentilah menangis
Berhentilah menggagah tulang rapuhmu sendirian
Kisahkan jerihmu
Kisahkan peritmu
Ceritakn padaku apa yang mengcengkam jiwamu

Bila aku memandang tepat ke mata kau
Aku rasa perit,pedih
Sakit engkau aku rasa
Kau pendamkan semua sehingga busuk bernanah

Wahai kakak
Izinkan aku menumpangkan bahu barang sekejap
berikan aku secebis dari beban kamu
Aku kan ada
kita dah tak punya sesiapa
Apa kau lupa pesan arwah ayah?
"Sakit sama-sama, jatuh sama2"

Tapi kau terus diam
Sampai satu tahap
Aku mahu lari jauh
Sekeliling terus-terusan memijak-mujak jiwa kita tanpa belas
Bukan aku tak mahu hadap sama-sama
Kau yang memilih untuk sendirian berkurung di bilik gelap itu
tahu tidak yang aku tak sanggup melihat kau begitu
Itu bukan diri kau

Lalu aku lari jauh
Aku pergi jauh
Aku rangkul teman-teman
Aku kembali ke jalan gelap yang suatu masa dulu telah lama aku tinggalkan
Aku penat dan meninggalkan semuanya di belakang.
Tapi meninggalkan itu bukanlah penyesalai kepada rasa inclompleteness yang aku rasa
Aku biarkan kau patah hati sendirian
Aku cuma berharap
berharap bila aku pulang
Semuanya kembali asal.

27 januari 2012


*Ini coretan gila.Tentang kehilangan, ego, sikap pentingkan diri sendiri. Aku memang tak matang waktu tu. Fikir tak pakai otak.Tinggalkan keluarga padahal mereka yang selalu memegang aku di saat aku jatuh. 



mimpi


Semalam mimpikan arwah ayah
Dia datang senyum dan peluk aku
Baunya wangi

Rindu
Terlalu rindu
Aku baring diribanya
Sambil belai rambut aku
Dia bisikkan sesuatu di telinga
"Jaga solat, jaga solat,jaga solat"

Aku terjaga
Baju kemejanya yang saban waktu meneman tidurku
aku cium lama
sehingga basah dengan airmata

*aku dah lama lalai








wordless



mereka


dalam setiap titis gerimis itu, mereka ada.

dalam setiap jalur pelangi itu, mereka ada.
dalam setiap denyut nadi aku, mereka ada.
dalam setiap hela nafas aku, mereka ada.

mereka ada. di saat mana aku mahu mereka ada.
walupun mereka tak pernah berjanji untuk selalu ada

dan keberadaan mereka, adakalanya sekadar ada.
Tapi cukup sempurna  :)


empat malaikat


Selamat pagi matahari
Selamat malam bulan bintang

Impikan seindah mungkin
Sememangnya akan ada untuk kita semua nanti

Terima kasih tuhan
Kau kirimkan aku empat malaikat yang cukup sempurna

Im blessed :)

Bukan ke Allah itu Maha pemurah lagi Maha Penyayang?



somebody I used to know-Gotye


Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember


You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know


Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

*yang dimerahkan tu sebab kena dengan jiwa2, kata dari hati:)




nikmat sihat


Sejak jadi OKU ni
Macam-macam nak buat
Main Volleyball lah
Nak pergi joginglah
Berjalan kat tasik la bagai

Dulu masa sihat
Malas
Pemalas!

Padan muka saya !
Bila tuhan dah tarik nikmat
Baru nak sedar


my passion


Saya TAK NAK baju Prada

Saya TAK NAK perfume Elizabeth Arden
Saya TAK NAK beg tangan Bonia

Saya cuma NAK yang ini

INI
INI
INI



*Tiga hari saja lagi.Tak sabar nak serbu KG bersama empat malaikat kesayangan.Senyum constant





DIA


Saat aku rasakan seluruh dunia memalingkan muka
Aku salahkan takdir
Salahkan hidup aku yang tak pernah sempurna
Salahkan ayahbunda yang terlalu awal pergi meninggalkan
aku yang terkapai-kapai mahu memaut

Aku lupa akan DIA
Padahal DIA selalu ada
DIA selalu mendengar
DIA selalu memerhatikan aku

Tapi aku jauhkan diri dari DIA
kerana dalam diam
Aku juga turut menyalahkan DIA

DIA tak pernah kisah
DIA masih setia
Seperti selalu
Tetap menerima jika aku mahu kembali ke sisiNya

Paling sayu,pintuNya sentiasa terbuka walau secelaka manapun diri aku

As HE promises, He will always be there.
Yes.Always.


*TerimaKasih tuhan untuk rasa damai yang singgah dihati.Manis rasanya.






hipokrit


Retak
Punah
Hancur
Berkecai

Kesemuanya menggambarkan kondisi hati aku sekarang mungkin?

Walaupun diapit jutaan manusia
ketawa dengan setiap jenaka yang dicipta
sedang disembunyikan rasa rindu
dan rasa-rasa kecewa pada hidup realiti
punya aku.

* Semua hilang sekelip mata,semua berubah sekelip mata. KunFayakun. Hati cuba kuat walaupun sudah bengkak bernanah.
*You'll never walk alone bak kata Liverpool. Tuhan selalu ada untuk kita.







sahabat yang pernah


Pergi lah
Sudah saya lepaskan
Sebab saya sudah berputus asa tentang KITA

Terbang tinggi-tinggi ye
Capai bintang
Capai bulan

Saya tetap memerhati dari jauh
Hanya sekadar PEMERHATI



*Doa dalam sunyi paling indah. 
maka diamkan doa, panjangkan syukur.
Moga kau baik baik saja sahabat

Walaupun kita sahabat yang pernah.




pengecut


Aku rasa dia faham
Aku rasa dia mengerti

Di lewat hujung pesanan ringkasnya
"Yakin mahu hentikan semua ni?"

Laju saja dua huruf di keypad di tekan
"Ya"

*Diam lama

Butang CANCEL di tekan.
Apa pula kata orang nanti?

Ah
Aku ni memang
Dasar pengecut



.



mimpi


Aku cuma mahu terus berjalan
Biar hanya dalam mimpi


air mata mati



aku harus pejam mata lagi
sampai air mata mati
biar sampai kerak di pipi
untuk mula sekali lagi


november


Secelaka mana pun
November perlu aku hadap !


lantaklah


lantaklah

Sudah tiada daya

Selantang mana pun dibangkang
Keputusannya tetap sama

.......

Aku tahu
Aku sedar
Zaman remajaku terdera di sisi kekalutan yang panjang
Tahu tidak
betapa hati ini bergolak mahu bangkit berdiri?
Namun kilas juri menghukum
Kesilapan yang bukan pilihan aku

Aku juga punya angan
walau kudrat ku tak seberapa
mahu mengangkut debu-debu tanah
menghimpun dan membina sebuah istana
keras dan teguh

Wali-waliku
Kunjungilah hatiku
Yang horizontalnya kelabu
Kisahkanlah tentang damai dan rindu

*tentang tidak diberi peluang untuk membuat pilihan dalam menentu masa depan sendiri


awan gelap


A: Apa pun jadi, november ni, majlis tu tetap berjalan


B: *Diam


Saat damai mula menjengah masuk
Datang awan hitam melitupi terang sang matahari
Sehabis daya mahu tenang
Sekuat mungkin hati di tahan

Ah! persetankan semua

Aku redha
Ya.REDHA
Mungkin itu yang terbaik

*kalaulah ayah masih ada