hidup ini indah


sambutlah indahnya esok hari.
syukuri cerita yang telah pergi.
warnai hari, lukislah dunia



restless heart syndrome



*mati*


transparent


Pesanan ringkas yang tak terbalas
Panggilan yang tak disahut
Berhari-hari
Berbulan-bulan

Jadi, bila awak putuskan saya harus jadi transparent,
saya akan terus hilang.

*gigih mencuba sebab sayang akan ikatan persahabatan yang pernah ada.Terlalu banyak salah faham.Haish.Hari ini rindu, moga dia baik2 saja.


picture 1






doa ibu



"dan apabila mata ibumu sudah tertutup,maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah,iaitu doa seorang ibu"

:tiada tajuk:



Siapa yang berbuat baik kepada kamu, maka balaslah. Jika kamu tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah ia hingga menurut kamu bahwa kamu telah membalasnya.

-Hadits riwayat Abu Daud dan An Nasa'i

permata hati di bulan mei


Bula mei,bulan menyambut hari ibu. Semua pasaraya meriah,promosi sana sini. Seronok teman kawan2 keluar beli hadiah untuk ibu-ibu mereka.Seronok tetapi cemburu :)

Teringin nak beli hadiah cantik-cantik untuk ibu jugak
Teringin nak buat kad sekreatif mungkin untuk ibu jugak
Teringin.Teringin
Paling teringan nak lihat manis senyum ibu
Paling teringin nak peluk hangat ibu

Tapi saya tahu
Tak akan dan tak boleh
Saya hanya mampu sedekahkan Al-fatihah dan Yassin untuk ibu

*Kenangan dengan ibu tak banyak.Ibu pergi awal sangat.Tapi ada satu kenangan paling dalam, bila saya sedih, ibu akan pujuk dan peluk saya, sambil nyanyi lagu "Seroja". Selalu. kan ibu? 


celaka


Ditinggalkan, memang sakit
Ditinggalkan, memamg celaka
Rasa jahanam

Apa agaknya rasa meninggalkan?
Apa agaknya rasa membunuh hati orang?

Ada sesiapa tahu?


r.i.n.d.u


ketika rindu menjengah masuk, tidur malam pun bersulam air mata

*rindu arwah ibu dah ayah :(


manis semalam


Semoga awak tak kan pernah lupa
Hati ini masih sakit
Walaupun lukanya sudah sembuh,parut tetap ada
Maaf sudah diberi dari hati paling terdalam
Tapi apa yang berlaku,tidak pernah akan luput

untuk menjadi semanis dulu, mustahil :)

*yeah! tak sabar nak main game baru donlod semalam 


kenapa?


kenapa dulu awak datang,
kemudian awak pergi?

kenapa dulu awak pinjam,
kemudian awak tak kembalikan semula?

kenapa dulu senyum,
kini berselisih pun tak mahu?

*kenapa? T__T




alhamdulillah


"Dah bukan jodoh kita.Tuhan lebih mengetahui.Jangan paksa diri lagi."

Semua dah kembali asal

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah





life


Aku suka bulan
Aku suka bintang
Aku suka awan biru

Aku suka

Semuanya buat aku rasa hidup



6 may 2012



Sampailah waktu ajalkan datang
Malaikat maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang

Mati itu terlalu sakit 
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit


the zikr-mati


*meremang bulu roma baca lirik2 lagu ni.Hmm

mati itu pasti


Sejak akhir2 ni, selalu pulak fikir pasal mati
Tapi tak bersedia pun lagi nak mati

Banyaknya hal yang tak ter-selesai, masih terbengkalai tak disimpul sempurna.


kanvas


Malam tadi paling sayu
Terkebil-kebil sendirian memandang ceiling
Kanvas semalam aku lewati
pelbagai watak, pelbagai cerita

RINDU.
Pecah semua empangan air jiwa aku

Tuhan, tolong jaga mereka di sana

*Sampai ke hari ni aku masih tak boleh nak makan ketam.Sebak.Rindu mama.





janji kita


Malam yang dingin dan tenang di tanah tinggi
Gelak tawa sampai kering mulut
Peluk erat sampai subuh

Damai--

--Sumpah akan merindui setiap momen2, tinggal beberapa hari saja lagi yang ada untuk kita.Dah janji kan nanti? setahun akan datang, kembali ke sini semula. :)



biar


Aku ingatkan damai sudah mula menjengah masuk
rupanya tidak

Sekali lagi hati dihiris-hiris
Kali ni pisaunya lebih tajam

Biar--
Biar--

*tentang cuba untuk bagi penjelasan tetapi langsung tak diberi peluang.Sakitnya memang menganggu semua sistem saraf.Kaku.




O.T


Esoknya
Moga dipermudahkan segala
Moga semuanya berjalan lancar
Amin
Amin
Amin

*Ini kali kedua nak hadap manusia berjaket putih dalam bilik yang suram.Terdampar seorang diri.Sunyi, hanya kedengaran bunyi dari mesin2 yang mengelilingi katil.Sungguh aku takut.