bab masak memasak
memang aku loser gila.
T____T
Bila aku bagitau yang aku asyik lapar je memanjang.
Dia kata:
Baby ikut mamanya,kuat makan.
T____T
Baby la sangat.
Sebenarnya, tak teruja pun nak check
Mahu check sama-sama
Februari nanti
*senyum constant*
Pesanan ringkas paling manis dari awak:
Ok. Saya tau saya ego.tapi kali ni ego saya tolak tepi.Pulanglah. Saya rindu.
Manis
Sangat manis
Bukan senang tau!
kali ni pelik
Over emosional.
Tak tahu kenapa hari ni emosi melampau
Pergi kedai cari durian crepe sebab teringin yang juga melampau-lampau
Penjual: dah habis la kak
Saya: ala.. *mata bergenang*
Tak sampai 2 saat. Gugur terus!
Si penjual menggelabah.
Pujuk bagi puding roti.
Bila fikir balik
"asal aku emosional sangat?"
Kata mummy, pembawakan budak agaknya.
Eh?
Bila aku mengadu lelah penat bekerja,mereka bilang:
Arjuna hati: pulanglah,penuhi rumah kita dengan warna warna cinta,tinggalkan keserabutan di sana.
Abang: Adik,tempat seorang isteri.Di sisi suami
aku: *duduk terdiam*
payah sungguh.
cita-cita dan keluarga.
emm.
Kadang aku fikir
Aku ini pentingkan diri
Degil aku
Memang tak boleh dilentur
Sabarlah arjuna hati
Bukan tak nak mengalah
Tapi..
Ah,kau tau aku degil kan.
*bila dah kahwin tapi berjauhan,rindunya lain macam*
Pesanan ringkas di awal pagi tadi dari awak,cukup untuk buat hari saya cerah
Terima kasih sayang,moga Tuhan pinjamkan awak untuk saya sampai syurga.
Saat aku bangun pagi tadi dan melihat kau di sisi, aku mohon sama tuhan moga bahagia kita,aman kita, sampai syurga.
hidup dalam kesederhaan tapi penuh dengan kesempurnaan.
Alhamdulillah.
Tinggalkan kisah silam
Buka buku baru
bila melihat mereka di sana
rasanya tak patut diri ini terusan mengeluh tentang apa yang ada sekarang.
Ya Allah
lindungilah mereka
Si gadis:
Dia berlari-lari mengejar pelangi
Jatuh bangun jatuh bangun
tak duli.
walau ada masanya,awan kelabu menemani hari-harinya
dia masih tetap mahu menari-nari
dengan jiwa rabak
dengan hati yang koyak
masih tersenyum
Si arjuna:
Dia bersendiri
lewati hari penuh sepi
Mencari jalan hidup yang tak pernah berpenghujung
Robot duniawi
Kuli manusiawi
Hati yang tak berpelengkap
terbiar bersawang
kronologi:
Satu hari yang indah
Allah temukan mereka
Saling melengkapi antara satu sama lain
Sudah takdir mereka terjodoh di bintang
happiness till jannah
sadness no more.
save the date.
28.11.12
*tinggal beberapa hari lagi untuk kita sayang. Moga hari indah yang akan datang milik kita*