I.C.U

Inai di jari masih merah
Rindu pun dah semakin parah

MissYouSoMuch.

Pantai barat ke pantai timur

Kadang aku fikir
Aku ini pentingkan diri

Degil aku
Memang tak boleh dilentur

Sabarlah arjuna hati
Bukan tak nak mengalah

Tapi..
Ah,kau tau aku degil kan.

*bila dah kahwin tapi berjauhan,rindunya lain macam*

Arjuna hati

Pesanan ringkas di awal pagi tadi dari awak,cukup untuk buat hari saya cerah

Terima kasih sayang,moga Tuhan pinjamkan awak untuk saya sampai syurga.


Cinta selepas kahwin, subhanallah. Manis nya lain.

Ijab dan kabul

Saat aku bangun pagi tadi dan melihat kau di sisi, aku mohon sama tuhan moga bahagia kita,aman kita, sampai syurga.

new me

hidup dalam kesederhaan tapi penuh dengan kesempurnaan.

Alhamdulillah.
Tinggalkan kisah silam
Buka buku baru

pray for gaza

bila melihat mereka di sana
rasanya tak patut diri ini terusan mengeluh tentang apa yang ada sekarang.

Ya Allah
lindungilah mereka

sadness no more

Si gadis:

Dia berlari-lari mengejar pelangi
Jatuh bangun jatuh bangun
tak duli.

walau ada masanya,awan kelabu menemani hari-harinya
dia masih tetap mahu menari-nari
dengan jiwa rabak
dengan hati yang koyak
masih tersenyum

Si arjuna:

Dia bersendiri
lewati hari penuh sepi
Mencari jalan hidup yang tak pernah berpenghujung

Robot duniawi
Kuli manusiawi
Hati yang tak berpelengkap
terbiar bersawang

kronologi:

Satu hari yang indah
Allah temukan mereka
Saling melengkapi antara satu sama lain

Sudah takdir mereka terjodoh di bintang
happiness till jannah

sadness no more.
save the date.
28.11.12

*tinggal beberapa hari lagi untuk kita sayang. Moga hari indah yang akan datang milik kita*

biasa


Aku tak apa-apa
Sekadar lelah


pasti


Awak-awak semua selalu tanya:

Yakin ke dengan dia?
Bukan ke baru kenal?tak takut?
Kalau dia jahat macam mana?
Betul ke nak kahwin dengan dia?

Memang saya tiada jawapan untuk semua soalan-soalan di atas. Saya tak tak tahu jalan cerita yang dah Tuhan aturkan untuk saya. Saya ni tukang redha,tukang tadah sebab saya yakin Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik. Hari-hari yang akan mendatang, memang saya tak tahu apa akan jadi pada hidup saya bersama dia. Apa yang pasti, secelaka mana pun hari yang perlu kami tempuh, saya cuma mahu bersama dia.Hadap sama-sama. Kalau dia pemarah, biar saya yang hadap marah dia, Kalau dia perengus, biar saya yang hadap rengus dia. Dan paling saya pasti,

Saya cuma mahu ada dia yang sentiasa membimbing disepanjang jalan menujuNya.

*Asal saja kamu percaya dengan kuasa Tuhan, segalanya mungkin, :) *



bahagia


Bahagia bagi aku bila:

Mempunyai seorang anak yang memanggil seorang lelaki yang aku kasih dengan panggilan "ayah". Cukup sempurna.Dan ia lebih dari cukup.

*berangan*


bunyi gitar


Gitar dipetik perlahan
Lirik-lirik penuh melankoli
Irama lagu tak benada

Ada hati yang sedang punah perlahan-lahan--
Ada jiwa yang sedang mati perlahan-lahan--

malam yang gelap
hantu-hantu semalam kembali menghantui
Membuka setiap lembaran lama
satu persatu
Dimuntahkan hanyir darahnya ke riba
Tadah-
Hadap-

*Ada titis-titis jernih yang gugur.Sakit begini dah lama tak rasa,sekali datang.Mati terus





janji


Janji dengan saya
Yang awak tak akan lepas
Ikat dengan nikah
Susah macam mana pun
Hadap sama-sama

Boleh?


home


Tadi lepas checkout dari kolej kediaman
Rasa risau,sebak pun ada
Tinggal kawan2, tinggal semua.
Hidup yang ke depan nanti akan berubah 360 darjah.
Banyak benda berlegar dalam kepala

Baring atas katil
Renung syiling
Selepas ini aku nak ke mana?


*Suddenly i realized,I have no place to go,empty house. Orang kata, "Home is where your heart is". BOHONG.



huh!


Bola sepak
Futsal
Game

Tu semua kegilaan awak
Memang susah nak pisah dah
Kena terima hakikat awak lelaki, bukan perempuan
HAHAHA !

Makan hati je tau. huh !

*Cuba2 buat cool *







biasa


Apa nak dikisah mulut orang
Yang merasa, diri sendiri juga


saya yang entah apa-apa


Petang tadi bila awak bagitau yang awak nak balik utara.
Rasa sebak, rasa taknak lepas awak balik.
Rasa macam awak nak tinggal saya lama
Padahal awak nak balik hantar barang je kan?

Saya ni manja sangat  -.-"

Lagi beberapa hari je yang tinggal untuk kita
Masa, mohon jangan berlalu laju sangat.



#kisah 1


Tadi dalam dewan peperiksaan
saya sengaja buat-buat tak nampak awak
Awak jerit kata saya sombong
Saya seganla bongok.


jersi merah


Bila diingat-ingat balik
Rupanya jersi Liverpool yang mengeratkan kita.

Berebut-rebut !!
Sape taknak jersi percuma
Teruk awak kena marah dengan saya.
Tapi awak buat muka seposen.
Rasa nak tampar2 je tahu.

Lepas kena marah
Kerap pulak awak mesej saya
dan mesej semuanya tentang livepool. ( wadehek )

Sejak hari tu kita rapat
Selalu tengok bola bila liverpool main.
Bersorak sampai hilang suara

Tak kisah la orang kata kita ni macam itik dengan ayam bila berborak
Sorang utara, sorang pantai timur.
Memang hancur la bahasa malaysia kita kan?


Peduli apa. Janji kita selesa


*Asal saya ajak teman gi pasar malam je awak mesti  pakai jersi Liverpool yang kita berebut hari tu.Perlu ke? -.-" . mendidih je hati ni tengok tahu *




sabar


Kita datang dari latarbelakang kisah cerita yang hampir serupa
Tak punya keluarga sempurna, tak punya harta melimpah ruah
juga tak punya kisah zaman kanak-kanak yang penuh pelangi
Kita sendiri-sendiri.
Perit kau, aku penah rasa.
Jalan kita sama.

Salingan kita, biar di cemuh, dihina dan dipandang serong
Rasa ini, hanya kita yang tahu
Mereka tak mungkin faham
Mereka tak mungkin terima

Bila kita berpegang kejap pada sesuatu
Mereka kata kita ni terlalu obses mahu memiliki dan menyayangi

Mana mungkin mereka mengerti
Kita ni memang begini
Bila ada yang sudi menjaga  dan sayang
Kita jaga dia sepenuh hati
Kita tatang penuh jiwa sebagai balasan
Sebabnya
Kita bersyukur kerana masih ada yang ambil tahu tentang kita
Kita rasa dijaga, kita rasa selamat.

Entahlah.
Aku cuma mohon kau bertahan kawan
Ikut saja kata hati
Jika bahagia kau di situ, pergilah
Aku tetap teguh dibelakang kau
Sambut kau bila saja kau perlu
Persetankan manusia2 pengecut yang hanya berbisik2 di dalam kelambu sesama mereka
Apalah sangat pandangan manusia berbanding pandangan Allah terhadap kita

*Rasa sakit melihat seorang sahabat baik dituduh bukan2 kerana jiwa kami sama. Sakit dia, pernah aku rasa.