awak

Tahu tak,
kadang saya rasa bersalah bila awak selalu mengalah dan ikut kemahuan saya.

Bila saya kata saya suka merah,
Semua hiasan dalam rumah warna merah.
Awak kata,supaya saya jatuh hati dan tak balik KL dah.
T________T

Bila saya tak masak dengan alasan nak berehat dan awak pulang kerja dengan harapan saya hidangkan makanan.
Awak tetap senyum dan kata tengok muka saya pun dah kenyang.
*Jahilnya saya*

Kadang bila awak diam termenung,
saya risau.

bila saya tanya kenapa,
awak kata awak tengah fikir cara supaya saya dah tak balik KL.

"kalau awak pregnant,mesti awak dah tak balik kl kan? "

Ayat tu memang buat saya tersentuh.

Mummy orang paling kecewa bila keputusannya negatif.

Hmmm.

Beratnya hati nak tinggalkan awak esok.

*awak dah lena di buai mimpi.comel sangat.macam baby *

1 comment:

  1. baliklah
    masa-masa inai mereput hilang dari jari
    hanya sekali seumur hidup
    pulang dan nikmati

    kerana itu sahaja kenangan pengantin baru yang kita ada
    buat peneman hati penguat jiwa
    tatkala kita dipilih Tuhan ke depan nanti
    untuk dikirimkan badai rumahtangga


    pulanglah
    cipta kenangan paling indah
    sebagai bekalan kekuatan
    untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang tabah


    ReplyDelete