pasti
Awak-awak semua selalu tanya:
Yakin ke dengan dia?
Bukan ke baru kenal?tak takut?
Kalau dia jahat macam mana?
Betul ke nak kahwin dengan dia?
Memang saya tiada jawapan untuk semua soalan-soalan di atas. Saya tak tak tahu jalan cerita yang dah Tuhan aturkan untuk saya. Saya ni tukang redha,tukang tadah sebab saya yakin Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik. Hari-hari yang akan mendatang, memang saya tak tahu apa akan jadi pada hidup saya bersama dia. Apa yang pasti, secelaka mana pun hari yang perlu kami tempuh, saya cuma mahu bersama dia.Hadap sama-sama. Kalau dia pemarah, biar saya yang hadap marah dia, Kalau dia perengus, biar saya yang hadap rengus dia. Dan paling saya pasti,
Saya cuma mahu ada dia yang sentiasa membimbing disepanjang jalan menujuNya.
*Asal saja kamu percaya dengan kuasa Tuhan, segalanya mungkin, :) *
bahagia
Bahagia bagi aku bila:
Mempunyai seorang anak yang memanggil seorang lelaki yang aku kasih dengan panggilan "ayah". Cukup sempurna.Dan ia lebih dari cukup.
*berangan*
bunyi gitar
Gitar dipetik perlahan
Lirik-lirik penuh melankoli
Irama lagu tak benada
Ada hati yang sedang punah perlahan-lahan--
Ada jiwa yang sedang mati perlahan-lahan--
malam yang gelap
hantu-hantu semalam kembali menghantui
Membuka setiap lembaran lama
satu persatu
Dimuntahkan hanyir darahnya ke riba
Tadah-
Hadap-
*Ada titis-titis jernih yang gugur.Sakit begini dah lama tak rasa,sekali datang.Mati terus
janji
Janji dengan saya
Yang awak tak akan lepas
Ikat dengan nikah
Susah macam mana pun
Hadap sama-sama
Boleh?
home
Tadi lepas checkout dari kolej kediaman
Rasa risau,sebak pun ada
Tinggal kawan2, tinggal semua.
Hidup yang ke depan nanti akan berubah 360 darjah.
Banyak benda berlegar dalam kepala
Baring atas katil
Renung syiling
Selepas ini aku nak ke mana?
*Suddenly i realized,I have no place to go,empty house. Orang kata, "Home is where your heart is". BOHONG.
huh!
Bola sepak
Futsal
Game
Tu semua kegilaan awak
Memang susah nak pisah dah
Kena terima hakikat awak lelaki, bukan perempuan
HAHAHA !
Makan hati je tau. huh !
*Cuba2 buat cool *
saya yang entah apa-apa
Petang tadi bila awak bagitau yang awak nak balik utara.
Rasa sebak, rasa taknak lepas awak balik.
Rasa macam awak nak tinggal saya lama
Padahal awak nak balik hantar barang je kan?
Saya ni manja sangat -.-"
Lagi beberapa hari je yang tinggal untuk kita
Masa, mohon jangan berlalu laju sangat.
#kisah 1
Tadi dalam dewan peperiksaan
saya sengaja buat-buat tak nampak awak
Awak jerit kata saya sombong
Saya seganla bongok.
jersi merah
Bila diingat-ingat balik
Rupanya jersi Liverpool yang mengeratkan kita.
Berebut-rebut !!
Sape taknak jersi percuma
Teruk awak kena marah dengan saya.
Tapi awak buat muka seposen.
Rasa nak tampar2 je tahu.
Lepas kena marah
Kerap pulak awak mesej saya
dan mesej semuanya tentang livepool. ( wadehek )
Sejak hari tu kita rapat
Selalu tengok bola bila liverpool main.
Bersorak sampai hilang suara
Tak kisah la orang kata kita ni macam itik dengan ayam bila berborak
Sorang utara, sorang pantai timur.
Memang hancur la bahasa malaysia kita kan?
Peduli apa. Janji kita selesa
*Asal saya ajak teman gi pasar malam je awak mesti pakai jersi Liverpool yang kita berebut hari tu.Perlu ke? -.-" . mendidih je hati ni tengok tahu *
sabar
Kita datang dari latarbelakang kisah cerita yang hampir serupa
Tak punya keluarga sempurna, tak punya harta melimpah ruah
juga tak punya kisah zaman kanak-kanak yang penuh pelangi
Kita sendiri-sendiri.
Perit kau, aku penah rasa.
Jalan kita sama.
Salingan kita, biar di cemuh, dihina dan dipandang serong
Rasa ini, hanya kita yang tahu
Mereka tak mungkin faham
Mereka tak mungkin terima
Bila kita berpegang kejap pada sesuatu
Mereka kata kita ni terlalu obses mahu memiliki dan menyayangi
Mana mungkin mereka mengerti
Kita ni memang begini
Bila ada yang sudi menjaga dan sayang
Kita jaga dia sepenuh hati
Kita tatang penuh jiwa sebagai balasan
Sebabnya
Kita bersyukur kerana masih ada yang ambil tahu tentang kita
Kita rasa dijaga, kita rasa selamat.
Entahlah.
Aku cuma mohon kau bertahan kawan
Ikut saja kata hati
Jika bahagia kau di situ, pergilah
Aku tetap teguh dibelakang kau
Sambut kau bila saja kau perlu
Persetankan manusia2 pengecut yang hanya berbisik2 di dalam kelambu sesama mereka
Apalah sangat pandangan manusia berbanding pandangan Allah terhadap kita
*Rasa sakit melihat seorang sahabat baik dituduh bukan2 kerana jiwa kami sama. Sakit dia, pernah aku rasa.
maaf
Dingin pagi menyusuk2 hingga ke tulang
Tersandar lemah
Pipi terasa hangat
Badan lesu
Jiwa mati
Hati punah
*Maaf ayah, aku gagal*
setan
Semenjak dua tiga menjak ni
Tiba je waktu senja
Badan lesu, mata mengantuk
Tak guna punya setan!
Nyah kau jauh-jauh
hujan
Hujan setiap hari pun tak apa
Sebab saya ada awak untuk menghangatkan
setiap titis-titis yang jatuh ke bumi
kelakar
Comel sungguh perangai awak tadi kan
Selepas empat tahun kat sini
Tiba-tiba awak tegur saya
"Saya stalk awak dari tahun satu"
-_-"
menakutkan tahu?
sedarah sedaging
Tuhan je yang tahu
Kat dalam ni paling rindu
Rindu manis yang dulu
Rindu hingar bingar dulu
Rindu riuh rendah makan semeja
Rindu gelak tawa bertepuk tampar
Rindu duduk berkumpul di ruang tamu berseloroh itu ini
RINDU.
RINDU.
*Rasa nak balik ke waktu dulu2, yang mana kita semua masih kanak-kanak.Saling menjaga, saling menyayang.Susah sama2, senang sama2.Kita semua datang dari rahim yang sama, jangalah berpecah belah. :(
Tuhan, tolong jaga hati kami semua. Eratkan yang jauh, rapatkan yang dekat.
terima kasih
Apa saja yang dah terjadi dan akan terjadi
Saya dah tak takut
Sebab saya ada awak yang sentiasa memegang hati saya kuat-kuat
TerimaKasih, awak punya kuasa magis yang berkemampuan bikin saya senyum walau sedang gundah.
tentang rasa
Dia dah lama ada
Aku yang tak pernah nampak
Sejak akhir-akhir ni, dia selalu muncul
Bila aku sedang melalui hari-hari yang serabut dan kelam
Dia datang menguntum senyum, warnai hari
Hilang segala resah dan lelah
Bila aku lupa Tuhan
Dia ingatkan
Bila perlakuan aku di luar batas
Dia tegurkan
* Syukur. Setiap hari awak kejutkan saya solat subuh, ingatkan saya bila saya alpa, marah saya bila saya tak berhijab. Syukur.Syukur.Syukur.Harap berkekalan, dan saya janji akan jaga persahabatan kita.Cara awak macam ayah saya.Dulu, list lelaki yang saya percaya dan kagum, hanya 3 orang, awak dah jadi yang ke empat :)
kalaula kita kenal rapat dari semester satu lagi kan?
Tiba2 rasa nak letak lirik lagu ni. *takde kaitan pun sebenarnya
Astrid-tentang rasa
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
.......
Subscribe to:
Posts (Atom)

