janji


Janji dengan saya
Yang awak tak akan lepas
Ikat dengan nikah
Susah macam mana pun
Hadap sama-sama

Boleh?


home


Tadi lepas checkout dari kolej kediaman
Rasa risau,sebak pun ada
Tinggal kawan2, tinggal semua.
Hidup yang ke depan nanti akan berubah 360 darjah.
Banyak benda berlegar dalam kepala

Baring atas katil
Renung syiling
Selepas ini aku nak ke mana?


*Suddenly i realized,I have no place to go,empty house. Orang kata, "Home is where your heart is". BOHONG.



huh!


Bola sepak
Futsal
Game

Tu semua kegilaan awak
Memang susah nak pisah dah
Kena terima hakikat awak lelaki, bukan perempuan
HAHAHA !

Makan hati je tau. huh !

*Cuba2 buat cool *







biasa


Apa nak dikisah mulut orang
Yang merasa, diri sendiri juga


saya yang entah apa-apa


Petang tadi bila awak bagitau yang awak nak balik utara.
Rasa sebak, rasa taknak lepas awak balik.
Rasa macam awak nak tinggal saya lama
Padahal awak nak balik hantar barang je kan?

Saya ni manja sangat  -.-"

Lagi beberapa hari je yang tinggal untuk kita
Masa, mohon jangan berlalu laju sangat.



#kisah 1


Tadi dalam dewan peperiksaan
saya sengaja buat-buat tak nampak awak
Awak jerit kata saya sombong
Saya seganla bongok.


jersi merah


Bila diingat-ingat balik
Rupanya jersi Liverpool yang mengeratkan kita.

Berebut-rebut !!
Sape taknak jersi percuma
Teruk awak kena marah dengan saya.
Tapi awak buat muka seposen.
Rasa nak tampar2 je tahu.

Lepas kena marah
Kerap pulak awak mesej saya
dan mesej semuanya tentang livepool. ( wadehek )

Sejak hari tu kita rapat
Selalu tengok bola bila liverpool main.
Bersorak sampai hilang suara

Tak kisah la orang kata kita ni macam itik dengan ayam bila berborak
Sorang utara, sorang pantai timur.
Memang hancur la bahasa malaysia kita kan?


Peduli apa. Janji kita selesa


*Asal saya ajak teman gi pasar malam je awak mesti  pakai jersi Liverpool yang kita berebut hari tu.Perlu ke? -.-" . mendidih je hati ni tengok tahu *




sabar


Kita datang dari latarbelakang kisah cerita yang hampir serupa
Tak punya keluarga sempurna, tak punya harta melimpah ruah
juga tak punya kisah zaman kanak-kanak yang penuh pelangi
Kita sendiri-sendiri.
Perit kau, aku penah rasa.
Jalan kita sama.

Salingan kita, biar di cemuh, dihina dan dipandang serong
Rasa ini, hanya kita yang tahu
Mereka tak mungkin faham
Mereka tak mungkin terima

Bila kita berpegang kejap pada sesuatu
Mereka kata kita ni terlalu obses mahu memiliki dan menyayangi

Mana mungkin mereka mengerti
Kita ni memang begini
Bila ada yang sudi menjaga  dan sayang
Kita jaga dia sepenuh hati
Kita tatang penuh jiwa sebagai balasan
Sebabnya
Kita bersyukur kerana masih ada yang ambil tahu tentang kita
Kita rasa dijaga, kita rasa selamat.

Entahlah.
Aku cuma mohon kau bertahan kawan
Ikut saja kata hati
Jika bahagia kau di situ, pergilah
Aku tetap teguh dibelakang kau
Sambut kau bila saja kau perlu
Persetankan manusia2 pengecut yang hanya berbisik2 di dalam kelambu sesama mereka
Apalah sangat pandangan manusia berbanding pandangan Allah terhadap kita

*Rasa sakit melihat seorang sahabat baik dituduh bukan2 kerana jiwa kami sama. Sakit dia, pernah aku rasa.













maaf


Dingin pagi menyusuk2 hingga ke tulang
Tersandar lemah

Pipi terasa hangat
Badan lesu
Jiwa mati
Hati punah

*Maaf ayah, aku gagal*



eh.eh.eh.


Kita tak kan mudah2 nak terasa hati dengan seseorang
kecuali kita ada hati dengan dia

Eh?


setan


Semenjak dua tiga menjak ni
Tiba je waktu senja
Badan lesu, mata mengantuk

Tak guna punya setan!
Nyah kau jauh-jauh




hujan


Hujan setiap hari pun tak apa

Sebab saya ada awak untuk menghangatkan
 setiap titis-titis yang jatuh ke bumi










kelakar


Comel sungguh perangai awak tadi kan
Selepas empat tahun kat sini
Tiba-tiba awak tegur saya

"Saya stalk awak dari tahun satu"

-_-"
menakutkan tahu?



sedarah sedaging


Tuhan je yang tahu
Kat dalam ni paling rindu

Rindu manis yang dulu
Rindu hingar bingar dulu
Rindu riuh rendah makan semeja
Rindu gelak tawa bertepuk tampar
Rindu duduk berkumpul di ruang tamu berseloroh itu ini

RINDU.
RINDU.

*Rasa nak balik ke waktu dulu2, yang mana kita semua masih kanak-kanak.Saling menjaga, saling menyayang.Susah sama2, senang sama2.Kita semua datang dari rahim yang sama, jangalah berpecah belah. :(
Tuhan, tolong jaga hati kami semua. Eratkan yang jauh, rapatkan yang dekat. 







terima kasih


Apa saja yang dah terjadi dan akan terjadi
Saya dah tak takut

Sebab saya ada awak yang sentiasa memegang hati saya kuat-kuat

TerimaKasih, awak punya kuasa magis yang berkemampuan bikin saya senyum walau sedang gundah.


tentang rasa


Dia dah lama ada
Aku yang tak pernah nampak
Sejak akhir-akhir ni, dia selalu muncul

Bila aku sedang melalui hari-hari yang serabut dan kelam
Dia datang menguntum senyum, warnai hari
Hilang segala resah dan lelah

Bila aku lupa Tuhan
Dia ingatkan

Bila perlakuan aku di luar batas
Dia tegurkan

* Syukur. Setiap hari awak kejutkan saya solat subuh, ingatkan saya bila saya alpa, marah saya bila saya tak berhijab. Syukur.Syukur.Syukur.Harap berkekalan, dan saya janji akan jaga persahabatan kita.Cara awak macam ayah saya.Dulu, list lelaki yang saya percaya dan kagum, hanya 3 orang, awak dah jadi yang ke empat :)

 kalaula kita kenal rapat dari semester satu lagi kan?

Tiba2 rasa nak letak lirik lagu ni. *takde kaitan pun sebenarnya

Astrid-tentang rasa





Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu



Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa


.......







whatsername



I made a point to burn all of the photographs
She went away and then I took a different path.
Remember, whatever
It seems like forever ago
Remember, whatever
It seems like forever ago
The regrets are useless

And in the darkest night

If my memory serves me right
I'll never turn back time
Forgetting you, but not the time.


Whatsername-greenday



lumrah


Ada ketikanya berasa sungguh pilu, seperti yang diumpama ditusuk sembilu, bahkan lebih parah kerana yang dipancang ialah hati.
Dalam hidup ini, essence paling utama ialah untuk berlaku jujur dalam setiapnya. Betul, jujurlah.

Jujur dengan hati yang bila kau penat dan sedih, maka berehatlah. Jujur pada diri yang senantiasa benar terpacak seorang menghadang percikan tohmahan masyarakat yang tak memahami, asalkan kau jujur pada Tuhan.

Kau tahu kan dunia. Dunia tak pernah rasa cukup untuk meminta.

Kadangnya mahu menangis, tapi esakan cuma dalam senyap sendiri-sendiri. Tak mengapa bukan-

DIA kan ada.



Nur Adawiyah


Lokasi: Stesen bus Pekeliling
Masa: 5petang
Tarikh: Sekitar awal tahun 2012

Perjalanan ke Kuala Lumpur tak dirancang.Tak guna logik akal,ikut kata hati memberontak.Padan muka.Tiga jam sendiri di Stesen Bus Pekeliling.Tak tahu arah tuju.Diam duduk termenung atas bangku.Mata terkelip-kelip memandang manusia lalu lalang.Semua tak terkejar dengan perihal masing-masing.

Kuasa Allah maha hebat,dalam kepadatan manusia, pandangan mata tertangkap pada satu susuk tubuh yang amat dikenali satu ketika dulu.Senyum terukir, berbalas.Peluk erat.Pertemuan tak diduga.Seolah-olah Allah kirimkan dia untuk aku.Tepat pada masanya.Sahabat lama 5 tahun lepas.Raut wajahnya tenang, berhijab dan berjubah.Sempurna.Segan dengan diri sendiri,terlalu jauh beza kami.

Pulang bersama ke Plaza Rah.Mulut beliau becok bercerita itu ini.Pada tafsiran aku,perjalanan hidup beliau sungguh terang dan mudah.Rasa cemburu.Malamnya, kami berborak panjang sehingga terlena.Dia marahkan aku sebab lama diam menyepi.Bila dah habis sekolah,masing2 dengan hal masing2.Emm, Biasalah tu.

*Kuala Lumpur indah pada waktu malam kalau dilihat dari beranda plaza rah :)

Lokasi: Rumah anak yatim di Klang
Masa:9pagi-6petang

Bangun awal sebab ikut kawan yang jumpa secara kebetulan semalam join program lawatan ke rumah anak yatim di Klang.Kalau duduk kat rumah pun tiada faedah jugak katanya.Ikutkan saja...

Ini lagi satu kebetulan yang hebat selepas yang di atas:

Semasa program bersama anak yatim berjalan, aku hanya duduk di tepi-tepi.Sekadar senyum senyum.Jadi tukang ambil gambar je.Kepala ni dah sendat,otak dah keriat dengan masalah-masalah yang datang serentak.Payah pulak rasanya nak bersosial.Sedang duduk menggelamun di atas kerusi, terasa hujung baju ditarik-tarik. Seoarang kanak-kanak perempuan bermata redup bulat,tersenyum manis memandang aku.

"Saya nur Adawiyah", katanya mesra
 
Dan di situlah detik perkenalan kami.

Saya: Adawiyah umur berapa?
Adawiyah: 5 tahun, kakak?
Saya: kakak 23, adawiyah comel la. (sambil cubit2 pipi dia)
Adawiyah: terima kasih.(senyum malu-malu).
Saya: Adawiyah tak join diorang main?
Adawiyah:Tak, sebab adawiyah tak boleh lari sana sini sangat,nanti sakit.
Saya: adawiyah sakit apa?
Adawiyah:Jantung berlubang.(sambil tersenyum)
Saya: *Diam,rasa pilu mengenangkan tubuh sekecil ni menanggung sakit.
Adawiyah: Kakak ada ibu dengan ayah tak?
Saya: Takde.Allah dah ambil mereka semula.Allah lagi sayangkan mereka.
Adawiyah: Samala. Allah pun sayangkan ibu ngan ayah adawiyah jugak.Adawiyah teringin nak tengok ibu ngan ayah adawiyah.(nadanya sayu,mata memandang lantai)
Saya: Adawiyah tak pernah jumpa mereka?
Adawiyah:Tak pernah.
Saya: *terkedu. Peluk bahu adawiyah.Mata terasa panas
Adawiyah: Kenapa kakak menangis?
Saya: Sebab kakak gembira dapat kenal adawiyah.
Adawiyah: Adawiyah pun suka kakak.Kakak baik.Kakak, betul ke kat syurga nanti kita boleh jumpa ibu ngan ayah kita?
Saya: InsyaAllah. *Aku sendiri tak pasti,sebab diri sendiri pun belum cukup ilmu agama.hmm
Adawiyah: nak peluk kakak boleh?
Saya: *terus peluk adawiyah

Separuh masa aku di sana, di habiskan dengan Nur Adawiyah.Bidadari kecil yang kuat dan tabah.
Bila tiba waktu untuk pulang:

adawiyah: kakak akan datang sini lagi tak jumpa adawiyah?
Saya: pasti (sambil cium pipi adawiyah)
adawiyah: kakak jadi kakak adawiyah ye?
Saya: mestilah.Jangan lupa kakak tau.

Lambaian kami berbalas.Selamat tinggal Nur Adawiyah, kita pasti jumpa lagi. 

Dalam van perjalanan pulang,aku hanya diam.Teringatkan Adawiyah.Bandingkan dengan diri sendiri.
Aku harus buka mata dan sedar,di luar sana ada ramai orang lagi perit sejarah hidupnya dari aku,alahai, malu sungguh! tak reti-reti syukur lagi? Terima kasih Adawiyah.

Lari dan sembunyi bukanlah penyelesai kepada semua masalah.Secelaka mana pun hari esok, kena hadap.

*17 May, akan ke Klang, jumpa Adawiyah.Seronok bukan main dia tadi bila dapat bercakap melalui telefon. Katanya dah pandai baca Iqra' dua. :)
Selamat tinggal pekan, Hai Klang.Tak sabar nak jumpa si kecil manis Nur Adawiyah






hidup ini indah


sambutlah indahnya esok hari.
syukuri cerita yang telah pergi.
warnai hari, lukislah dunia