lantaklah


lantaklah

Sudah tiada daya

Selantang mana pun dibangkang
Keputusannya tetap sama

.......

Aku tahu
Aku sedar
Zaman remajaku terdera di sisi kekalutan yang panjang
Tahu tidak
betapa hati ini bergolak mahu bangkit berdiri?
Namun kilas juri menghukum
Kesilapan yang bukan pilihan aku

Aku juga punya angan
walau kudrat ku tak seberapa
mahu mengangkut debu-debu tanah
menghimpun dan membina sebuah istana
keras dan teguh

Wali-waliku
Kunjungilah hatiku
Yang horizontalnya kelabu
Kisahkanlah tentang damai dan rindu

*tentang tidak diberi peluang untuk membuat pilihan dalam menentu masa depan sendiri


No comments:

Post a Comment