27 jan 2012- catitan gila


Kakak
Selepas ayahbunda pergi meninggalkan kita semua
Manusia sekeliling terus-terusan menekan kita
Sehinggakan separuh daripada kita berpecah belah


Sejak hari itu
aku lihat engkau menangis sendirian setiap malam
Di dalam bilik gelap disebalik pintu
Aku dengar kakak
Aku tahu rapuh hatimu
Kau sedih 
sebab kau rasa kau gagal tunaikan amanat arwah ayah

Tapi sebenarnya tak
Itu pilihan mereka sendiri
Kau dah cuba sehabis daya

Kakak
Berhentilah menangis
Berhentilah menggagah tulang rapuhmu sendirian
Kisahkan jerihmu
Kisahkan peritmu
Ceritakn padaku apa yang mengcengkam jiwamu

Bila aku memandang tepat ke mata kau
Aku rasa perit,pedih
Sakit engkau aku rasa
Kau pendamkan semua sehingga busuk bernanah

Wahai kakak
Izinkan aku menumpangkan bahu barang sekejap
berikan aku secebis dari beban kamu
Aku kan ada
kita dah tak punya sesiapa
Apa kau lupa pesan arwah ayah?
"Sakit sama-sama, jatuh sama2"

Tapi kau terus diam
Sampai satu tahap
Aku mahu lari jauh
Sekeliling terus-terusan memijak-mujak jiwa kita tanpa belas
Bukan aku tak mahu hadap sama-sama
Kau yang memilih untuk sendirian berkurung di bilik gelap itu
tahu tidak yang aku tak sanggup melihat kau begitu
Itu bukan diri kau

Lalu aku lari jauh
Aku pergi jauh
Aku rangkul teman-teman
Aku kembali ke jalan gelap yang suatu masa dulu telah lama aku tinggalkan
Aku penat dan meninggalkan semuanya di belakang.
Tapi meninggalkan itu bukanlah penyesalai kepada rasa inclompleteness yang aku rasa
Aku biarkan kau patah hati sendirian
Aku cuma berharap
berharap bila aku pulang
Semuanya kembali asal.

27 januari 2012


*Ini coretan gila.Tentang kehilangan, ego, sikap pentingkan diri sendiri. Aku memang tak matang waktu tu. Fikir tak pakai otak.Tinggalkan keluarga padahal mereka yang selalu memegang aku di saat aku jatuh. 



No comments:

Post a Comment