DIA


Saat aku rasakan seluruh dunia memalingkan muka
Aku salahkan takdir
Salahkan hidup aku yang tak pernah sempurna
Salahkan ayahbunda yang terlalu awal pergi meninggalkan
aku yang terkapai-kapai mahu memaut

Aku lupa akan DIA
Padahal DIA selalu ada
DIA selalu mendengar
DIA selalu memerhatikan aku

Tapi aku jauhkan diri dari DIA
kerana dalam diam
Aku juga turut menyalahkan DIA

DIA tak pernah kisah
DIA masih setia
Seperti selalu
Tetap menerima jika aku mahu kembali ke sisiNya

Paling sayu,pintuNya sentiasa terbuka walau secelaka manapun diri aku

As HE promises, He will always be there.
Yes.Always.


*TerimaKasih tuhan untuk rasa damai yang singgah dihati.Manis rasanya.






No comments:

Post a Comment